Saturday, 14 March 2009

SPEAK : HAMSTER COMEL

Mari kita enjoy gambar2 hamster yang comel pulak kali ini. hehe.
ade 5 gambar semua nya.

1 . Hamster yang bercita2 menjadi askar apabila dewasa kelak. So, diberikan senapang patah sebagai mainan tidur.



2. Hamster yang bercita2 untuk menjadi pemain golf terkenal seperti Tiger Wood.



3. Hamster yang sedang menghadiri kelas menjaga anak bagi menimang cahaya mata kelak.


4. Hamster yang bercita2 untuk ke angkasa lepas, menjadi angkasawan seperi Dr Sheikh Muzaffar


5. Hamster yang sedang menghadiri kelas computer, bercita2 untuk menjadi hacker terkenal.

SEKIAN.. hihihi!


MARI BEREHAT SEBENTAR DENGAN LAWAK DI BAWAH:







Tuesday, 10 March 2009

SNOWMAN ZAMAN SEKARANG

Musim sejuk telah tiba, kanak2 riang sibuk membuat orang salji, atau lebih di kenali sebagai snowman oleh orang putih.

Tidak lupa juga para remaja yang membuat bola2 salji lalu dilemparkan kepada pakcik2 yang lalu lalang menaiki basikal sebagai aktiviti masa lapang.

Pernahkah anda membuat snowman?
bagi sesiapa yang duduk kt oversea tu berpeluang la nak buat snowman kan.

Macam mane pulak rupa snowman?

Haa dari zaman tahun gajah sampai la zaman maju ni, rupa snowman tu tetap sama, tak berevolusi sikit pun.

Tapi gambar kali ni menarik sikit, kreatif!

Oleh itu, tonton la gambar kat bawah ni.



jeng3..








HAHAHA!
kreatif gile kan?



SEKIAN MARI BEREHAT SEBENTAR DENGAN LAWAK KELAKAR DI BAWAH:

KELAKAR 1

KELAKAR 2

Wednesday, 4 March 2009

LAWAK MENJAWAB PEPERIKSAAN

LAWAK 1.

Sila tonton gambar di bawah. Ape pasal la tiba2 ada gajah kat situ?
hua3! budak ni mesti dah boring habis ni nak jawab exam.
Rajin betul dia lukis gajah. Lukis la yang senang sikit, Semut ke, ular ke bulan sabit ke segitiga ke.




LAWAK 2.

Saya rasa budak ni telah memcampur baur kan istilah matematik dengan istilah bahasa sendiri ni. Expand dalam istilah matematik bukanlah bermakna MENGEMBANGKAN frasa tersebut sampai keluar ke meja last2 sekali.

Haih la budak zaman sekarang ni, kalau saya jadi cikgu dia pun mahu gelak 2 hari tak berenti ni..


MARI BEREHAT SEBENTAR DENGAN LAWAK DI BAWAH:



Tuesday, 3 March 2009

KEHEBATAN ANTILLA


KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India , Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road , Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles .

Fakta Menarik Antilla :

· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.





SEKIAN MARI BEREHAT SEBENTAR DENGAN LAWAK KELAKAR DI BAWAH:

KELAKAR 1


KELAKAR 2

RELATED POST :

Related Posts with Thumbnails